KAJIAN-KAJIAN FIQH SEMASA
- Brand: Jasmin Publications
- Product Code: 9789832179986
- Availability: 100
- RM12.50
Available Options
TAJUK BUKU | KAJIAN-KAJIAN FIQH SEMASA |
PENULIS | DR AHMAD HASBI AL-BAGHDADI |
NO ISBN | 9789832179986 |
MUKASURAT | 201 (KULIT NIPIS) |
HARGA | RM12.50 (S'JUNG) / RM14.00 (SS) |
SAIZ | 6 X 9 |
BERAT | 272 g |
SINOPSIS
Satu hal yang jelas di dalam
masalah ru’yah al-hilal (melihat bulan) adalah hadis yang diriwayatkan oleh
al-Bukhari dan Muslim, iaitu “Janganlah kamu sekalian berpuasa sehingga kamu
melihat bulan dan janganlah kamu mengakhiri puasa sehingga kamu melihat bulan. Jika
bulan itu tertutup (samar) daripada pandangan kamu, maka genapkanlah jumlah
satu bulan itu tiga puluh hari.” Ini merupakan satu ketentuan yang tidak
dikhususkan untuk penduduk satu daerah tertentu, akan tetapi ketentuan ini
berlaku bagi semua orang Islam tanpa batasan tempat tinggal atau daerah.
Dengan demikian, maka dapatlah
dibuat kesimpulan bahawa ru’yah al-hilal (melihat bulan) dan berlakunya hukum
atau ketentuan hasil ru’yah al-hilal tersebut bagi segenap orang Islam adalah
berlaku umum, yang mana lebih sesuai dan lebih nyata daripada mengambil hujah
atau dalil dengan hadis Kuraib tentang terbatasnya hasil ru’yah tersebut bagi
penduduk tempatam sahaja. Ini kerana apabila seorang penduduk telah melihat
bulan, maka dianggap kaum muslimin juga telah melihatnya, sebab penglihatan
sebahagian orang merupakan penglihatan bagi yang lain dengan alasan untuk
mendapatkan kepastian tersebut tidaklah mesti orang melihatnya sendiri