NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | MENJEJAKI SUKSES LUAR BIASA |
PENULIS | IBNU AL-JAUZI |
NO ISBN | 9789833423774 |
HARGA | RM45.00 (S'JUNG) / RM49.50 (SS) |
MUKASURAT | 568 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 3/4 X 8 3/4 |
BERAT | 711 g |
SINOPSIS
Buku
MENJEJAKI SUKSES LUAR BIASA ini,
merupakan sebuah buku yang membincang dan memperkatakan tentang hidup yang
bertolak dari suntikan semangat nurani yang digilap dengan ajaran-ajaran Ilahi.
Boleh dikatakan buku ini tergolong ke dalam buku motivasi, tetapi ia berlainan
dari buku-buku motivasi biasa yang ada di pasaran. Buku ini lebih merupakan
buku motivasi yang mendorong dan mengawal setiap gerak-geri orang mukmin dalam
menjalani hidup dan kehidupan yang sesuai dengan fitrah yang suci dan panduan hidup
yang Islami.
Dengan
kata lain,buku ini ditulis untuk dijadikan sebagai panduan supaya tetap dalam lingkaran
fitrah dan ajaran Islam yang syumul dan lengkap. Pada waktu yang sama memberi dorongan
semangat untuk hidup lebih bersemangat, teratur, rajin, berdisiplin dan takwa
sesuai dengan lunas-lunas Islam. Dan yang tidak kurang pentingnya ialah panduan
yang bijaksana.
Sesungguhnya
dunia ini amat banyak ragam dan jenis godaannya. Terkadang godaan itu timbul
dari dalam diri manusia itu sendiri. Baginya, urusan akhirat adalah sesuatu
yang berada di luar tabiatnya, lagi pula akhirat mempakan hal yang ghaib. Orang
yang tidak berilmu menyangka daya tarikan akhirat lebih kuat daripada daya tarikan
dunia, ketika ia mendengar nasihat-nasihat dan ancaman yang datang dali
al-Quran. Sebenarnya, tidaklah demikian. Perumpamaan tabiat dan kecenderungan
manusia kepada dunia tidak ubah seperti air yang terus mengalir mencari lembah
yang lebih rendah. Untuk mengangkatnya ke atas diperlukan tenaga. Oleh itu,
syariat menguatkannya dengan khabar gembira dan ancaman yang boleh mempertajam akal.
Daya tarikan tabiat manusia amat pelbagai, maka bukanlah hal yang pelik jika ia
selalunya menang dalam pertarungan. Malah pelik dan luar biasa jika ia dapat
dikalahkan.
Orang-orang
yang mampu melihat dan menjangkakan akibat suatu perkara di awal langkahnya,
dengan mata hatinya, kelak akan beroleh hasil yang amat baik dari perbuatannya dan
akan selamat dari akibat buruknya. Sesiapa yang tidak berhati-hati dan hanya
menuruti perasaannya, ia akan menderita akibat perbuatannya dan tidak akan
mencapai kebahagiaan. Ia tidak akan merasa tcnteram dalam menjalani hidupnya.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.