NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | MENITI SUKSES & KASIH SAYANG |
PENULIS | DR 'AIDH ABDULLAH AL-QARNI |
NO ISBN | MENITI SUKSES & KASIH SAYANG |
HARGA | RM35.90 (S'JUNG) / RM39.50 (SS) |
MUKASURAT | 594 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 3/4 X 8 3/4 |
BERAT | 730 g |
SINOPSIS
Buku MENITI SUKSES & KASIH SAYANG adalah sebuah buku
yang mengetengahkan kaedah-kaedah menuju hidup yang sukses dan panduan-panduan
serta sikap-sikap yang sepatutnya dimiliki. Sukses yang sebenar tentu tidak
luput dari faktor kasih sayang dalam makna yang lebih luas.
Kandungan buku ini dipilih dan diambil daripada kandungan
sejumlah buku karangan' Dr. ‘Aidh Abdullah al Qarni. Di antaranya ialah buku
Kuunuu Rabbaniyyiin, Jusur al-Mahabbah, Siimaahum fii Wujuuhihim, Miftaah an-Najaah,
dan Hattaa Takuuna As ‘ad an-Naas.
Sebagai seorang muslim, anda harus ikut berganding bahu
dan berperanan dalam usaha memakmurkan bumi dan membangun kehidupan umat serta
ikut mempersembahkan sebuah karya dan perkhidmatan yang sesuai dengan kemampuan
anda, bukan sebaliknya, hanya menjadi beban bagi umat. Sesungguhnya lebah yang mati
akan dicampakkan ke luar sarangnya, kerana ia sudah tidak berharga sama sekali,
tidak dapat lagi menghasilkan madu. Pokok yang kering akan dicabut dan
dicampakkan ke luar ladang, kerana sudah tidak dapat diharapkan manfaatnya
lagi.
Kemudian kalau begitu, apa balasan yang sesuai bagi orang
yang, mendengar dan melihat, namun ia tidak bekerja, tidak berkarya dan tidak
mempunyai peranan dalam usaha mernbangun kehidupan umat. Seorang pelajar yang
tidak pergi ke sekolah tanpa ada alasan yang munasabah, akan tetapi ia lepak bersama
ibunya di rumah, maka balasan yang sesuai baginya tidak lain adalah cambukan
keras agar ia langsung mahu berdiri dan berlari secepatnya menuju sekolah. Seorang
pekerja yang malas dan akan pekerjaannya, ia hanya tidur maka hukuman yang
tepat tidak lain adalah teguran keras dan tidak diberr upah, hal ini dilakukan agar
ia insaf dan tersedar dari rasa malasnya tersebut.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.