PENDINDING SYAITAN DAN PETUA MERAWAT PENYAKIT
- Brand: Jasmin Publications
- Product Code: 9789839045376
- Availability: Out Of Stock
- RM8.00
Available Options
TAJUK BUKU | PENDINDING SYAITAN DAN PETUA MERAWAT PENYAKIT |
PENULIS | ABDUL SHUKOR |
NO ISBN | 9789839045376 |
HARGA | RM8.00 (S'JUNG) / RM9.00 (SS) |
MUKASURAT | 158 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 |
BERAT | 183 g |
SINOPSIS
Ayat yang paling baik adalah
ayat-ayat daripada kitab suci Al-Quran dan petunjuk yang paling sempurna iaitu
bimbingan Rasulullah SAW. Perkara yang paling buruk iaitu sesuatu yang dilarang
oleh Islam serta mengikuti langkah-langkah syaitan. Setiap yang sesat dan
mengikut langkah-langkah syaitan akan dimasukkan ke dalam neraka kerana syaitan
merupakan musuh yang nyata bagi manusia.
Firman Allah SWT ertinya:
“Sesungguhnya syaitan itu
adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuhmu kerana sesungguhnya
syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni
neraka yang menyala-nyala.” (Faathir:6)
Jika kita telah menganggap
syaitan itu sebagai musuh, maka kita akan sentiasa berhati-hati dalam
menghadapi kehidupan ini. Kemudian kita hendaklah bermohon kepada Allah SWT
agar dijadikan-Nya sebagai kekasih-Nya. Allah SWT sebagai Pelindung yang Maha
Agung terhadap hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa kepada-Nya.
Firman Allah SWT ertinya:
“Allah Pelindung orang-orang
yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya
(iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang
mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah
penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah:257)