NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | PEMBAHARUAN & REFORMASI UMAR BIN ABDUL AZIZ |
PENULIS | DR ALI MUHAMMAD MUHAMMAD ASH-SHALLABI |
NO ISBN | 9789675047695 |
HARGA | RM49.50 (S'JUNG) / RM54.50 |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
MUKASURAT | 706 (KILIT NIPIS) |
BERAT | 830 g |
SINOPSIS
Sesungguhnya riwayat hidup
Umar bin Abdul Aziz memberikan pemahaman yang benar kepada kita tentang apa
sebenarnya yang dimaksud dengan kata "pembaharuan atau reformasi."
Pemahaman yang benar tersebut adalah yang bersumber dari sumber hukum lnlam sendiri,
iaitu Al-Quran Al-Karim, yang difahami dengan benar serta disimpulkan oleh para
ulama kita. Iaitu ulama yang melakukan perubahan pembaharuan sambil
menerapkannya dalam kehidupan nyata. Sudah tentu sudut pandang terhadap
pembaharuan dan reformasi itu sendiri isangat jauh berbeza dengan yang difahami
oleh pihak Barat Moden. Dan pada kenyataannya adalah bagaimana pemahaman Barat
tersebut dapat meracuni pemikiran agen-agennya dari para pemikir jalanan.
Bahkan sedihnya lagi dan yang membuat menghiris hati setiap muslim adalah
pandangan dan pemahaman tersebut masih terus menggerogoti fikiran generasi muslim.
Sebuah kenyataan yang harus diterima, bahawa dalam pandangan generasi kita.
Kata revolusi memiliki makna yang lebih bersifat umum berbanding makna reformasi
atau pembaharuan itu sendiri. Menurut sudut pandang Barat reformasi atau
pembaharuan memiliki makna perubahan yang ringan serta sedikit, yang terjadi
dengan melalui beberapa fasa dan masa serta jauh dari kekerasan Lain halnya dengan
makna yang dikandung oleh revolusi masih dalam pandangan Barat, iaitu perubahan
sepenuhnya yang tidak berkala, akan tetapi dapat menimbulkan kekerasan dan
terjadi secara tiba-tiba.
Adalah kesalahan bagi Barat
sendiri yang tidak menyedari erti dan makna yang dikandung oleh reformasi atau
pembaharuan seperti yang diinginkan oleh Al-Quran sendiri. Kesimpulannya bahawa
reformasi dan pembaharuan
itu sendiri memiliki makna yang lebih umum dan universal dari makna yang
dikandung oleh revolusi tersebut. Ertinya, bahawa reformasi dan pembaharuan
selalu membawa kepada yang terbaik dan mencapai target yang begitu sempurna.
Lain halnya dengan revolusi, yang terkadang perubahan tersebut berangkat dari
sesuatu yang benar dan haq menuju kepada yang batil. Biasanya untuk melakukan
revolusi, boleh melalui perubahan kekuasaan dengan kekuasaan yang baru, atau
dengan menggantikan penguasa lama dengan penguasa baru secara paksa.
Tidak diragukan lagiibahawa Umar bin Abdul Aziz adalah sosok pembaham dan reformis sejati yang selalu ingin menjadikan kaedah Rasulullah s.a.w. sena khulafa Rasyidin sebagai konsep dasar perubahan yang dirintisnya. Dalam setiap usahanya ia selalu menghadirkan keikhlasan hingga Allah s.w.t. sentiasa memberi taufik dan inayah-Nya kepadanya.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.