NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | IBADAH SYAITAN |
PENULIS | DR. MUHAMMAD SAYYID AHMAD AL-MASAYYAR |
NO ISBN | 9789833791156 |
HARGA | RM 18.50 (S’JUNG), RM 20.50 (S/S) |
MUKA SURAT | 343 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 ½ X 8 ½ |
BERAT | 392g |
SINOPSIS:
lbadah syaitan dengan pengertian khas ialah menjadikan syaitan itu sendiri sebagai Tuhan yang disembah selain Allah S.W.T., ditaati dan dikuduskan, dipersembahkan kepadanya upacara-upacara dan bentuk-bentuk tertentu yang dikhayalkan pemuja untuk mencari keredhaan syaitan. Di antara ibadah syaitan dengan pengertian khas: sihir, tukang ramal dan bomoh. Yang demikian tidak dilakukan kecuali setiap orang kafir dan zindik, Al-Quran telah menyifatkannya dengan kedustaan dan dosa, Allah s.w.t. berfirman:
Ertinya: “Mahukah Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa. Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.”
(Asy-Syu’ara: 221-223)
lbadah ini dengan pengertian khas, menjadikan setiap dari jin dan manusia bersenang-senang sebahagian dengan yang lainnya, maka jin bersenang-senang pengagungan dan pensucian yang dipersembahkan manusia kepadanya, dan manusia bersenang-senang menipu daya manusia, menyulap mereka, mendakwa boleh menghilangkan kemudaratan dan mendatangkan kemanfaatan dengan apa yang dilakukan tukang sihir, tukang ramal dan bomoh.
Tags: IBADAH SYAITAN
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.