PANDUAN AMALAN HARI & MALAM JUMAAT
- Brand: Jasmin Publications
- Product Code: 9789832565130
- Availability: 100
- RM9.00
Available Options
TAJUK BUKU | PANDUAN AMALAN HARI & MALAM JUMAAT |
PENULIS | MARZUQI YAAQUB |
NO ISBN | 9789832565130 |
HARGA | RM9.00 (S'JUNG) / RM9.90 (SS) |
MUKASURAT | 124 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 |
BERAT | 160 g |
SINOPSIS
Begitulah tingginya kemuliaan
hari Jumaat sehingga Rasulullah SAW menyatakan bahawa sembahyang Jumaat
merupakan ibadat haji bagi orang yang tidak berharta. Bahkan sembahyang Jumaat
lebih disukai Rasulullah SAW daripada ibadat haji tatawwu’. Hadis baginda
mengenai itu diriwayatkan oleh humaid (Hamiid) bin Zanjawiyyah di dalam “Fadha’ilul-a’mal”
dan oleh Hafiz bin Abi Usman, yang diperolehi dai Abdullah bin Abbas r.a yang
menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya, “Sembahyang Jumaat adalah
ibadah haji bagi kaum miskin.”
Menerusi satu hadis yang
diriwayatkan oleh Sa’id bin Al-Musayyab, Humaid bin Zanjawiyyah juga
mengemukakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya, “Sembahyang Jumaat
lebih aku sikat daripada ibadat haji sunat.”
Sembahyang Jumaat yang mensyi’arkan
kemuliaan hari itu mempunyai ketentuan-ketentuan khusus yang tidak sama dengan
sembahyang-sembahyang fardhu yang lain. Antara lain, disunatkan jumlah Jemaah tidak
kurang dari 40 orang. Begitulah menurut hadis dari Jabir bin Abdullah r.a. Akan
tetapi mengenai jumlah peserta Jemaah yang tidak kurang dari 40 orang itu,
tidak merupakan persyaratan mutlak. Ramai ulama dan Imam seperti Ahmad Bin
Hanbal, An-Nasa’I, Abdul Haq, Al-Hafiz Ibnu Hajar dan As-Sayuti berpendapat
bahawa sembahyang Jumaat dapat dilaksanakan berjemaah meskipun jumlahnya kurang
dari 40 orang. Mereka menilai hadis Jabir bin Abdullah lemah isnadnya.
Begitulah besarnya erti
sembahyang Jumaat bagi kaum muslimin sehingga Allah SWT mengkhusukan dengan
firman-Nya:
“Wahai orang-orang yang
beriman, apabila diseur untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka
bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian
itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”