NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | NABI KHIDIR A.S |
PENULIS | MUHAMMAD KHAIR RAMADHAN YUSUF |
NO ISBN | 9789832087694 |
HARGA | RM18.00 (S'JUNG) / RM20.00 (SS) |
MUKASURAT | 346 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 408 g |
SINOPSIS
Siapakah Khidir? Bilakah
beliau dilahirkan? Adakah beliau seorang nabi ataupun hanya seorang manusia
yang soleh?
Jika beliau adalah seorang
nabi, maka bilakah zaman beliau diutuskan? Kaum manakah yang menjadi pengikut
beliau? Jika sekiranya beliau adalh seorang waliyullah, siapakah yang mendakwa sedemikian?
Apakah dalilnya? Apakah bukti dan tanda kewalian beliau?
Adakah benar bahawa beliau
telah berternu dengan nabi Muhammad s.a.w. clan telah meriwayatkan hadith dari baginda?
Apakah beliau masih hidup
dan masih mendapat kurniaan Allah hingga sekarang? Benarkah beliau masih lagi
bertemu dengan manusia di dunia ini? Semua ini adalah persoalan-persoalan yang
kita rasa tidak ada jawapan yang tepat untuk dijadikan pegangan ataupun untuk
rnenghilangkan perselisihan pendapat, kerana kebanyakan sumber hanya didapati
dalam kitab-kitab lama. Penulis penulis kitab tersebut kebanyakannya
mendapatkan bahan-bahan dari segala sumber untuk memanjangkan cerita. Keadaan
saya juga sama seperti yang dialami oleh masyarakat awam, terpaksa menangani
masalah yang kita hadapi sekarang ini. Masalah ini banyak mendatangkan ujian dan
dugaan kepada kita. Belum ada perbahasan yang dapat mengurangkan keserabutan
masalah ini, apatah lagi untuk menyelesaikannya. Kita tidak pula mendakwa
bahawa sebarang usaha untuk menghuraikan masalah furu’ ini, akan membawa kepada
perselisihan pendapat yang menyeleweng.
Bukankah ini semua sudah cukup
untuk dijadikan sebab agar kita hanya membahaskan isu Khidir ini mengikut
landasan Islam yang sebenar?
Tags: NABI KHIDIR A.S
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.