NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | DEMI MASA |
PENULIS | MUSTHAFA AL-SIBA'I |
NO ISBN | 9789833423958 |
HARGA | RM23.50 (S'JUNG) / RM25.90 (SS) |
MUKASURAT | 425 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 478 g |
SINOPSIS
Idea-idea (yang tertuang
dalam buku) ini adalah ringkasan pengalamanku dalam mengharungi bahtera
kehidupan. Sedikitpun tidak aku nukil dari buku atau pendapat orang lain. Aku
percaya, hal ini adalah hak suatu generasi untuk memberikan kepada para pembaca
pengalaman-pengalaman yang kita alami kemudian mengambil pelajaran dan manfaat
dari pengalaman tersebut.
Idea-idea yang tertuang
dalam buku ini adalah persembahan terbaik yang kami sajikan. Kami tidak boleh memaksakan
pendapat-pendapat kami. Itu memang bukan hak kami. Tetapi kami boleh menyajikan
nasihat dan pelajaran yang paling menyentuh, iaitu dengan pengalaman hidup itu
sendiri. Manusia, meksipun berbeza makanan, akal dan perangainya, mereka mempunyai
banyak persamaan dalam keinginan, keperluan dan tujuan hidup.
Aku sajikan pengalamanku ini
bagi mereka yang mempunyai pemikiran, tujuan hidup, keinginan serta sistem
nilai yang sama dengan kami. Maka merekalah yang akan mampu menyerap
manfaatnya. Sementara orang-orang yang berseberangan dengan kami dalam aqidah
atau pandangan hidup, nescaya ia tidak akan mampu meraih banyak manfaat
darinya.
Aku tidak yakin, mereka
boleh sabar menerima beberapa idea dan pemikiranku. Untuk merekalah golongan yang
pertama buku ini aku terbitkan. Adapun orang-orang yang berseberang dengan kami
dalam memandang hakikat hidup dan kesulitannya, maka aku mengharapkan agar mereka
mendengar dan membacanya dengan saksama, dan menganggapnya sebagai sebuah
lontaran idea, bagi berbagai krisis yang terjadi dalam masyarakat kita dewasa
ini.
Tags: DEMI MASA
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.