HARI-HARI ALLAH (KULIT NIPIS)
- Brand: Jasmin Publications
- Product Code: 9789833423507
- Availability: 100
- RM38.00
Available Options
TAJUK BUKU | HARI-HARI ALLAH (KULIT NIPIS) |
PENULIS | TAHAWI AL-MAHLAWI |
NO ISBN | 9789833423507 |
HARGA | RM38.00 (S'JUNG) / RM42.00 (SS) |
MUKASURAT | 646 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 731 g |
SINOPSIS
Menerusi kitab yang barangkali
lain daripada yang lain, dengan kalimat-kalimat yang terkadang panjang dan
terkadang pendek ini, kami akan mencuba untuk membahas hari-hari yang telah
diciptakan oleh Allah sebagai waktu untuk manusia dan sebagai waktu untuk haji.
Namun sebelum kita memulai
pengembaraan yang panjang ini, kami perlu menyampaikan suatu hal yang kiranya
sangat penting, yang menurut kami berkait erat dengan pembahasan kitab ini.
Perlu kami sampaikan bahawa hari-hari yang akan kami sampaikan nantinya ataupun
peristiwa yang berkait dengannya hanyalah sebagai contoh sahaja dan bukan
merupakan penetapan.
Atau dengan kata lain, bahawa
hari-hari Allah yang akan kami bahas dalam buku ini adalah pilihan peribadi.
Hal itu kerana kami melihat adanya kepentingan, nilai positif, serta tujuan
yang luhur di sebalik penciptaam hari-hari yang kami pilih tersebut.
Kami telah berusaha semaksimum
mungkin untuk menyajikan seluruh hari-hari bersejarah yang ada, sejak penciptaan
langit dan bumi sampai datangnya hari kiamat nanti. Hal itu kerana menurut
hemat kami, hari-hari yang telah kami pilih, adalah berdasarkan kenyataan
bahawa hari-hari tersebut memang berkait erat dengan peristiwa-peristiwa
bersejarah yang telah disebutkan secara terperinci dalam Al-Quran dan
as-Sunnah. Ia membawa faedah yang amat besar, mengandungi amanat yang amat
berharga, serta mempunyai tujuan yang mulia. Yang mana semua itu sengaja
diciptakan oleh Allah agar boleh membawa manfaat bagi kehidupan manusia di
dunia ini.