NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | HIKMAH QIYAMULLAIL DI KESEPIAN MALAM |
PENULIS | MUHAMMAD RASYID JAMIL |
NO ISBN | 9789832565864 |
HARGA | RM12.00 (S'JUNG) / RM13.50 (SS) |
MUKASURAT | 244 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 |
BERAT | 294 g |
SINOPSIS
Qiyamul Lail merupakan
sembahyang yang mengandungi semua makna sembahyang, yang akan mengangkat
manusia jauh dari hiruk pikuk kehidupan. Untuk itu Rasulullah SAW bersabda:
“Wahai Bilal, dirikanlah sembahyang dan rehatkan kami dengannya.”
Syeikh Sayyid Qutub –
rahimahullah – berkata : “Ketika batas akhir semakin panjang dan usaha semakin
penuh dengan kesukaran, ketika itulah kesabaran mulai menurun. Kesabaran kepada
ketaatan, terlambatnya kemenangan, jarak yang berduri, penyimpangan jiwa,
sesatnya hati, beratnya perlawanan dan pedihnya penolakan atau habis perbekalan
kalua memang tidak ada perbekalan dan pertolongan. Untuk itulah maka sembahyang
dihubungkan dengan kesabaran, dan hanya sembahyang penolong yang tidak pernah lenyap
dan perbekalan yang tidak akan habis.
Penolong yang membaharui
tenaga dan perbekalan yang membekal hati, maka membenteng teruslah tali
kesabaran tanpa terputus, yang mana kemudian ditambahkan kepadanya keredhaan,
kecerahan muka, ketenangan, kepercayaan diri serta keyakinan.
Sungguh manusia yang fana,
lemah dan terbatas ini tidak dapat tidak (mesti) sentiasa beraksi dengan Allah
ketika usaha kerasnya melampaui kekuatannya. Ketika kekuatan jahat lahir
ataupun batin menghadangnya, ketika merasakan beratnya berusaha untuk istiqamah
di jalan Allah (antara menahan syahwat dan mengikut rayuan kelazatan), ketika
terasa berat olehnya untuk melawan kezaliman yang sangat dahsyat, dan ketika
jalan masih panjang dan jauhnya jarak yang mesti ditempuhi padahal umurnya
terbatas. Lantas dia melihat bahawa dia belum mencapai apa pun, padahal umurnya
terbatas. Dia belum mendapatkan sesuatu padahal matahari umur sudah condong
hendak terbenam. Ketika dia mendapati kejahatan berleluasa, kebaikan menjadi
lemah, tidak ada seberkas cahaya pun di ufuk, dan tidak ada papan tanda di
jalan, di sinilah nampak nilai sebenar sembahyang.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.