NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | SENYUMAN MALAIKAT RIDHWAN |
PENULIS | MANSUR ABDUL HAKIM |
NO ISBN | 9789670528366 |
HARGA | RM38.00 (S'JUNG) / RM42.00(SS) |
MUKASURAT | 535 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 3/4 X 8 3/4 |
BERAT | 657 g |
SINOPSIS
Berkaitan
dengan malaikat dan sifat-sifatnya, di sini akan dijelaskan tentang kewujudan
malaikat Ridhwan. Ianya kerana adanya hadis-hadis yang menyebutkan kewujudan
malaikat Ridhwan sebagai penjaga syurga. Ibnu Katsir dalam kitab albidayah dan
nihayah jilid pertama menjelaskan secara umum tentang penjaga syurga. Disebutkan
bahawa penjaga syurga ialah Ridhwan, walaupun penjelasan yang disebutkan dalam
kitab tersebut merujuk kepada hadis-hadis daif.
Banyak
hadis lain menjelaskan kewujudan malaikat Ridhwan sebagai penjaga syurga. Antaranya
sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ubay bin Kaab secara marfu: “Sesungguhnya
segala sesuatu memiliki hati, maka hati dari Al-Quran ialah Yasin, jika
sekiranya setiap muslim membaca Surah Yasin ketika ajal sakaratul maut, maka
malaikat maut tidak akan memegang rohnya sehinggalah malaikat Ridhwan datang
dengan membawa minuman.
Syeikh
Al-Bani dalam kitab salasiah hadis-hadis daif menjelaskan tentang malaikat
Ridhwan, dan juga sebagaimana disebutkan oleh Ibnu Hibban dalam kitab Majruhin.
Imam Sayuti juga menyebutkan di dalam kitab Jamik Al-Kabir: “Jika hari pertama
bulan Ramadhan tiba maka Allah akan memanggil Ridhwan malaikat penjaga syurga.”
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.