TAMAN SYURGA IDAMAN : HIMPUNAN HADITH-HADITH QUDSI
- Brand: Jasmin Publications
- Product Code: 9789839045833
- Availability: 100
- RM11.00
Available Options
TAJUK BUKU | TAMAN SYURGA IDAMAN : HIMPUNAN HADITH-HADITH QUDSI |
PENULIS | ROSLI HJ. IBRAHIM |
NO ISBN | 9789839045833 |
HARGA | RM11.00 (S'JUNG) / RM12.50 (SS) |
MUKASURAT | 225 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 260 g |
SINOPSIS
MENURUT Ali bin Muhammad bin Ali dalam kitabnya “At- Ta ’rifaat” mengatakan, bahawa
Hadith Qudsi ialah hadith yang maknanya datang dari Allah SWT dan lafaz
susunannya dari Rasulullah SAW. Allah SWT memberitahukan hal itu kepada Nabi-Nya
dengan melalui ilham atau mimpi di waktu tidur. Berbeza dengan Al-Quran yang
diturunkan oleh Allah SWT dengan lafaznya kepada Nabi Muhammad SAW melalui
malaikat Jibril. Erti yang sama juga diberikan oleh Mustafa Muhammad ‘Imarah
dalam kumpulan hadithnya, Nadhratun Nur.
Hadith Qudsi yang tinggi martabatnya itu yang
hampir mendekati Kitab Suci Al-Quran, di samping mengandungi unsur psikologi
yang amat mendalam, juga mengandungi unsur pendidikan keperibadian dan
pengajaran yang amat berkesan dan berbekas pada jiwa para pembaca dan
perenungnya, dimana Allah SWT seakan-akan terbayang sebagai Guru dan Juru
Pendidik yang sangat rahim dan sayang kepada para hamba-Nya. Allah mengetuk
pintu hati mereka, berdialog menyeru mereka, memujuk mereka dengan pujukan dan panggilan
yang ramah untuk mendekatkan diri kepada-Nya dan membuka pintu taubat serta
maaf seluas-luasnya sehingga terbayang, bahawa Allah SWT adalah Tuhan bagi para
makhluk-Nya yang penuh dengan rasa santun dan kasih sayang serta Maha Pengampun
kepada hamba-Nya yang sudah terlanjur berbuat dosa; dan disamping itu juga memberikan
peringatan-peringatan.
Membaca, merenung, menghayati dan menyelami
lautan mutiara Hadith Qudsi, adalah demikian nikmat dan menyenangkan yang makin
direnungkan hakikat makna yang terselip di dalamnya akan makin terasa lebih
nikmat dan yang lebih penting dan' itu semua ialah akan terasa lebih mendekat
dan taatnya kita kepada Allah Rabbul ‘Alamin.