NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
SINOPSIS Buku ini akan membahas tentang roh, jiwa dan akal semuanya
merupakan potensi ghaib dalam diri manusia.
Membincangkannya memang sangat rumit kerana tidak boleh dibingkai oleh ilmu eksperimental. Hakikatnya hanya boleh diketahui dari wahyu Yang Maha Pencipta manusia, baik Al-Quran mahupun hadis Nabi SAW. Adapun qarin, ia telah
disebutkan dalam Al-Quran dan hadis Nabi SAW agar kita selalu berwaspada dengannya.
Sebab, setiap manusia didampingi oleh qarin yang berasal dari golongan malaikat
dan qarin yang berasal dari golongan jin. Al-Quran dan hadis Nabi SAW telah
menjelaskan bagaimana kita berinteraksi dengan kedua-dua qarin yang berbeza
ini; dan bagaimana nasib manusia yang mentaati qarinnya yang berasal dari
golongan jin, serta nasib qarin itu kelak di akhirat. |
Tags: MISTERI ROH, JIWA, AKAL & QARIN
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.