NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | MISTERI PENJELMAAN SYAITAN & SENJATA ORANG MUKMIN MELAWANNYA |
PENULIS | HAMID ABU BAKAR |
NO ISBN | 9789670398570 |
HARGA | RM 36.00 (S’JUNG) / 39.50 (SS) |
MUKASURAT | 560 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 ¾ X 8 ¾ |
BERAT | 660g |
SINOPSIS
Syaitan tidak selalu datang kepada
manusia melalui bisikan-bisikan semata, tetapi juga dengan cara menjelma di
dalam bentuk manusia atau hanya dengan memperdengarkan suara-suara sementara
manusia tidak boleh melihat kewujudannya. Ia juga sering menjelma dalam
pelbagai bentuk yang aneh di mana pada suatu saat ia boleh datang kepada
manusia dan mengenalkan diri kepada mereka sebagai golongan jin manakala pada
waktu lain ia mengenalkan dirinya sebagai rijalul ghaib (manusia ghaib) atau
mengaku sebagai makhluk yang berasal dari alam bunian.
Bahkan syaitan boleh melakukan sesuatu
yang lebih dari itu misalnya, dia akan datang membawa manusia terbang ke udara,
memindahkannya dari satu tempat ke tempat lain dan mendatangkan segala sesuatu
yang diinginkan oleh manusia. Namun, syaitan tidak mampu melakukan semua itu kecuali
terhadap orang-orang yang sesat, iaitu mereka yang kufur kepada Allah SWT Tuhan
Penguasa bumi dan langit dan orang-orang yang melakukan kemungkaran dan
kerosakan.
Orang-orang ini kadangkala pura-pura
menampilkan diri sebagai orang yang soleh dan bertakwa, sedangkan mereka adalah
termasuk manusia yang paling sesat dan paling fasik. Kebanyakan orang yang baik
pada masa lalu mahupun pada masa kini, yang menuturkan banyak tentang masalah
ini sehinggakan tidak ada alasan lagi untuk mengingkari kebenarannya.
Penulis kitab Ath-Tahawiyah
mengatakan, “Di antara syaitan ada yang dinamakan oleh kebanyakan manusia
dengan sebutan rijalul ghaib. Sedangkan ada orang yang boleh berbincang-bincang
dengan makhluk ini. Rijalul ghaib memiliki kemampuan luar biasa sehinggakan mereka
mengatakan sebagai wali-wali Allah, mereka juga mengaku membantu orang-orang
musyrik ketika memerangi kaum Muslimin dengan mengatakan Rasulullah SAW
menyuruh mereka memerangi kaum Muslimin kerana telah menderhaka.”
Tags: MISTERI PENJELMAAN SYAITAN & SENJATA ORANG MUKMIN MELAWANNYA
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.