RAHSIA KEBERKATAN SEMBAHYANG SUBUH
- Brand: Jasmin Publications
- Product Code: 9789833791231
- Availability: 100
- RM16.50
Available Options
TAJUK BUKU | RAHSIA KEBERKATAN SEMBAHYANG SUBUH |
PENULIS | ABDUL HAKIM RAIMI |
NO ISBN | 9789833791231 |
HARGA | RM16.50 (S'JUNG) / RM18.00 (SS) |
MUKASURAT | 286 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 359 g |
SINOPSIS
Sembahyang subuh berjemaah
adalah kayu pengukur sejauh mana kejujuran dan keimanan seorang muslim. Di
dalam sebuah riwayat sahih disebutkan bahawa Ibnu ‘Umar r.a. pernah berkata,
“Ketika kami tidak melihat seseorang dalam sembahyang Subuh atau Isyak, kami
langsung berprasangka buruk kepadanya.”
Hal ini memang wajar,
memandangkan sembahyang-sembahyang lain selain Subuh dan Isyak, boleh dilakukan
seseorang dengan mudah kerana memang waktunya bertepatan dengan saat bekerja
dan terjaga. Oleh kerana itu, tidak ada yang mampu konsisten menjaga sembahyang
Isyak dan Subuh secara berjemaah selain orang beriman yang diharapkan ada
kebaikan muncul darinya.
Penulis sungguh hairan
ketika melihat masjid-masjid pada waktu sembahyang Subuh. Mengapa? Cuba anda masuk
ke dalam kebanyakan masjid tersebut anda hanya akan melihat yang hadir hanya
satu saf, setengah atau bahkan lebih sedikit. Jika anda teliti dengan lebih
dalam lagi, tentu akan anda menemui kebanyakan pengisi saf tersebut adalah
mereka yang punggungnya telah bongkok, tulang-tulang tubuhnya telah rapuh,
rambutnya telah putih dan jarang sekali ada pemuda yang anda lihat di sana
Lantas ke mana gerangan para
pemuda ketika sembahyang Subuh sedang dilaksanakan? Ke manakah mereka yang
telah bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah pada
waktu ini?
Rupa-rupanya mereka tidur berselimut,
setelah malamnya mereka habiskan waktu untuk berjaga dan bercerita untuk membicarakan
hal-hal yang penuh dengan maksiat kepada Allah dan menyalahi-Nya.