PETUNJUK HIDUP ISLAM HADHARI
- Brand: Jasmin Publications
- Product Code: 9789832179689
- Availability: 100
- RM30.00
Available Options
TAJUK BUKU | PETUNJUK HIDUP ISLAM HADHARI |
PENULIS | PROF DR WAHBAH AZ-ZUHALI |
NO ISBN | 9789832179689 |
HARGA | RM30.00 (S'JUNG) / RM33.00 (SS) |
MUKASURAT | 525 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 597 g |
SINOPSIS
Sasaran terdekat mempelajari
akhlak muslim dalam hubungannya dengan masyarakat sekitar adalah untuk
melembutkan jiwa, meningkatkan perasaan dan mendorong agar hidup selalu
konsisten dengan melakukan kebaikan dan pembangunan. Kerana “Agama itu mu’amalah
(interaksi)”, maka interaksi seperti ini tidak akan bersih atau lurus kecuali
dengan motif dan dorongan yang kuat lagi stabil dan berdiri di atas yang hak,
bersandar pada penghormatan terhadap hak manusia, menjaga kehormatannya dan
saling bekerjasama di dalam kebaikan dan takwa.
Bencana masyarakat dan
krisis manusia belakangan ini banyak disebabkan kerana minimumnya akhlak dan
proses interaksi mereka yang buruk. Mungkin amat mudah bagi seorang individu
untuk melaksanakan ibadah, taat dan melaksanakan solat pada waktunya, akan
tetapi bukan mudah baginya untuk mendapat dan menghimpunkan faedah dari
keseluruhan ibadah ini, serta sulit baginya untuk mengungkap tujuan-tujuan
ibadah yang pada intinya untuk melembutkan jiwa dalam berinteraksi secara
individu mahupun social.
Inilah nilai tahap untuk
menilai sejauh mana ketulusan seorang muslim atau muslimah dalam menghormati
nilai-nilai dan morality agamanya serta puas dengan prinsipnya sehingga dapat
menyelaraskan antara pelaksanaan, atau yang biasa disebut dengan
"kredibiliti."
Banyak sekali keluhan pahit
yang terlontar atas perilaku manusia yang mengaku beragama tetapi sebenarnya
mereka jauh dari ajaran agama dan akhlak Islam dalam muamalat. Seakan agama hanya
sisi ibadah saja dan mereka mengabaikan seluruh atau majoriti hukum lslam
khususnya di dalam masalah-masalah harta. Mereka menghalalkan dan mengharamkan
sesuatu berdasarkan kecenderungan, hawa nafsu dan kepentingannya. Mereka
menyangka telah memenuhi dinding dengan segala kemuliaan dan hukum agama dalam
konteks muamalah, pelaksanaan hak dan metod istiqamah.
Akhirnya, inilah contoh-contoh
terbaik didalam 127 ajaran tentang hubungan seorang muslim dengan yang
selainnya, menunjukkan betapa lslam sangat memperhatikan perbaikan individu dan
sosial. Semoga Allah merestui.