NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | SAHABAT BERTANYA NABI MENJAWAB |
PENULIS | SALMAN NASHIF AD-DAHDUH |
NO ISBN | 9789833791521 |
HARGA | RM23.50 (S'JUNG( / RM25.90 (SS) |
MUKASURAT | 402 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 476 g |
SINOPSIS
Petikan
Isi soal Kandungan
Soal
13: Wahai Rasulullah! Seseorang melakukan suatu amal lalu dia merahsiakannya.
Apabila amalnya diperlihatkan kepadanya, dia berasa kagum dengan amalannya itu.
Jawab:
I mam At-Tirmizi meriwayatkan daripada Abu Hurairah katanya, "Seorang
lelaki berkata, "Seseorang melakukan suatu amal lalu dia merahsiakannya.
Apabila amalnya diperlihatkan kepadanya, dia berasa kagum dengan amalannya
itu." Rasulullah bersabda, "Baginya dua pahala. Pahala merahsiakan
dan memperlihatkan."
Faedah:
Rasulullah bersabda kepada lelaki yang mengerjakan suatu amal lalu dia
menyembunyikannya dari manusia agar amalnya itu semata-mata kerana Allah. Lalu
jika orang lain mengetahui amalannya dia berasa senang akan pujian mereka dan
kerelaan mereka meneladaninya, bahawasanya dia akan mendapat pahala merahsiakan
amal dan pahala berasa senang orang lain meneladaninya ketika mereka mengetahui
amalan yang telah dikerjakannya."
Soal
14: Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan sumur kesedihan?
Jawab:
I mam At-Tirmizi meriwayatkan daripada Abu Hurairah dari Nabi s.a.w. baginda
bersabda, "Berlindunglah kamu sekalian dari sumur kesedihan." Para
sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan sumur
kesedihan?" Rasulullah bersabda, "Ia adalah sebuah lembah yang terdapat
di dalam Jahannam, dimana penjaga Jahannam itu sendiri berlindung darinya
sebanyak seratus kali dalam sehari." Kami bertanya, "Wahai
Rasulullah, siapakah yang akan memasukinya?"Nabi s.a.w. bersabda,
"Para qari yang memperlihat-lihatkan amalannya."
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.