NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | RAHSIA & TANDA-TANDA HARI KIAMAT |
PENULIS | ABDUL SYUKUR |
NO ISBN | 9789833128266 |
HARGA | RM14.00 (S'JUNG) / RM15.50 (SS) |
MUKASURAT | 254 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 |
BERAT | 303 g |
SINOPSIS
Selang
waktu antara tiupan pertama dan kedua akan terjadi sesuai dengan kehendaki oleh
Allah, setelah itu Allah mengirimkan air dari bawah ‘Arsy, hingga jasad-jasad
dan daging-daging mereka tumbuh dengan air tersebut, sebagaimana bumi yang
tandus menumbuhkan tanaman (kerana air hujan) dan Ibnu Mas’ud membaca ayat:
“Dan
Allah, Dialah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan, maka
kami halau awan itu ke suatu negeri yang mati lalu kami hidupkan bumi setelah
matinya dengan hujan itu. Demikianlah kebangkitan itu.” (Fathir:9)
Malaikat
(Israfil) berdiri di antara langit dan bumi dengan sangkakala lalu meniupnya
hingga setiap roh bergerak menuju jasadnya dan memasukinya akhirnya mereka
semua berdiri serta datang menghadap Rabbul Alamin.
Ibnu
Abi Dunya berkata, telah diriwayatkan dari Abu Rizin bahawasanya beliau
berkata: “Aku pernah bertanya wahai Rasulullah bagaimanakah kami menghidupkan
yang mati? Apakah bukti-bukti itu pada makhluknya?” beliau bersabda: “Wahai Abu
Rizin, pernahkah kamu melewati suatu lembah yang kering dan tandus, kemudian
engkau melewatinya lagi telah tumbuh menjadi aliran sungai nan hijau?” aku
berkata, “Pernah!” Rasulullah bersabda: “Begitulah Allah menghidupkan yang mati
dan itulah bukti-bukti (tentang kebangkitan) yang ada pada makhluknya.”
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.