NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | SEMBUH & SIHAT DENGAN SOLAT |
PENULIS | ABU ANAS SOLAHUDDIN BIN AS-SAID |
NO ISBN | 9789675420382 |
HARGA | RM20.00 (S'JUNG) / RM22.00 (SS) |
MUKASURAT | 403 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 477 g |
SINOPSIS
Ironinya, sebahagian besar
manusia di dunia ini (khususnya kaum muslimin), masih belum atau tidak memahami,
menghayati dan mengamalkan bagaimana cara mendirikan solat yang benar. Bahkan,
ada beberapa golongan dari manusia tersebut menjalankan solatnya berlebih-lebihan,
tidak berdasarkan ilmunya, tetapi sentiasa mengandalkan hawa nafsunya, mengikuti
perilaku dari para pendidiknya dan sebahagian besar manusia yang mengerjakannya,
serta tidak pernah berkeinginan untuk mempelajari, menghayati, dan mengamalkan sesuai
dengan ilmu tuntutannya.
Kekeliruan seseorang dalam
pemahaman ilmu pengetahuan dan pengalaman solat yang benar serta tidak dilakukan
secara istiqamah dan ikhlas, tidak akan menjadikan jiwa dan tubuhnya stabil dan
sihat. Bahkan, amalan solat yang dikerjakannya akan menjadi sia-sia. Amalan
solatnya tidak akan mengurangi atau menghilangkan penyakit pada tubuh, bahkan akan
memperparah keadaannya, sebagaimana beberapa hadis berikut ini. Nabi S.A.W.
bersabda,
“Jika betul (ia melakukan
solat dengan benar) seperti apa yang kamu katakan, solatnya itu kelak akan
menghalangnya (dari perbuatan maksiat).” (Al-Hadis)
Gagalnya proses pengurangan
atau penghilangan, dan bertambahnya penompokan zat-zat radikal bebas di dalam tubuh
tersebut menyebabkan amalan solat yang tidak dilakukan secara benar dan berkesinambungan,
akan menjadikan seseorang mendapat pelbagai kesulitan dan gangguan lain. Akibatnya,
terjadi penyeksaan pada dirinya atau timbul musibah pada lingkungan tempat dia
hidup dan menjalani interaksinya sehari-hari.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.