RAHSIA KOTA MEKAH DAN MADINAH
- Brand: Jasmin Publications
- Product Code: 9789832565994
- Availability: 100
- RM14.00
Available Options
TAJUK BUKU | RAHSIA KOTA MEKAH DAN MADINAH |
PENULIS | MUHAMMAD TAUFIQ JAUHARI |
NO ISBN | 9789832565994 |
HARGA | RM14.00 (S'JUNG) / RM15.50 (SS) |
MUKASURAT | 243 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X8 |
BERAT | 280 g |
SINOPSIS
Dikisahkan bahawa Kaabah
al-Mua'zzamah telah menitiskan airmata (sebagai makna kiasan) sebanyak lima kali.
Kaabah menitiskan airmatanya kerana mengalami kegembiraan atas tiga peristiwa:
Pertama, ketika Abdul
Muttalib bin Hisyam menebus anaknya Abdullah dengan seratus unta. Kedua, ketika
lahir, dari tulang rusuk Abdullah bin Abdul Muttalib, seorang Nabi yang penuh belas
kasihan dan pembawa pencerahan; iaitu Muhammad bin Abdullah. Dan ketiga, pada
hari Penaklukan Makkah yang diringi dengan penghancuran terhadap berhala-berhala
yang mengelilingi Kaabah itu.
Dalam pada itu, Kaabah juga
telah menitiskan airmatanya kerana mengalami kesedihan atas dua peristiwa.
Pertama, ketika Rasulullah s.a.w. dipanggil pulang ke hadrat Allah s.w.t. Dan kedua,
ketika terjadi kemurtadan dari sebahagian orang-orang Arab yang diserta dengan
perbezaan pendapat antara Abu Bakar dan Umar bin Khattab r.a. dalam sistem
penyelesaian kemurtadan ini.
Kita tidak meragukan bahawa
air mata kesedihan yang telah dicucurkan Kaabah sebab adanya kemurtadan ini
adalah air mata yang panas membakar, tidak kejadian biasa. Kerana segala
kejadian masih dalam skala kecil kecuali orang-orang munaļ¬k itu sengaja telah
merendahkan hukum Islam yang juga merendahkan Kaabah dan sejarahnya sampai bila
pun. Banyak lagi fakta-fakta menakjubkan dan peristiwa ajaib sepanjang
peredaran zaman.