FATWA-FATWA KONTEMPORARI - JILID 2
- Brand: Jasmin Publications
- Product Code: 9789675047701
- Availability: 100
- RM30.00
Available Options
TAJUK BUKU | FATWA-FATWA KONTEMPORARI - JILID 2 |
PENULIS | SYEIKH ALI JUM'AH |
NO ISBN | 9789675047701 |
HARGA | RM30.00 (S'JUNG) / RM33.00 (SS) |
MUKASURAT | 542 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 635 g |
SINOPSIS
Kita harus pandai membezakan
pertanyaan yang berhubung dengan perbuatan mukallaf dan yang lainnya.
Pertanyaan tentang tafsir, hadis, akhlak, atau akidah, maka itu adalah
permasalahan syarak, tidak ada hubungannya dengan fikih.
Suatu perkara yang perlu diketahui,
kita semua tidak mungkin menjadi ahli feqah. Sebab untuk menguasai feqah
seseorang harus juga menguasai disiplin-disiplin ilmu yang lain. Ini akan
membantu seorang ahli feqah untuk memahami permasalahan yang sedang bergembang
di dalam masyarakat, sehingga dia dapat memberikan jawapan yang memuaskan bagi
persoalan yang dihadapkan kepadanya.
Sesungguhnya feqah itu berbeza
dengan fatwa. Feqah adalah mengetahui hukum-hukum syarak, sedangkan fatwa
memerlukan pengetahuan tentang perkembangan dalam masyarakat, sesuai dengan
perubahan masa, tempat, keadaan masyarakat dan situasi yang dihadapi. Ini semua
akan mempengaruhi fatwa yang akan dikeluarkan oleh seorang ahli fatwa (mufti).
Contohnya satu keadaan yang dinyatakan haram menurut hukum syarak, namun boleh
dilakukan oleh seseorang dalam keadaan terdesak. Sebab orang yang berada di
hadapannya misalnya kebetulan kondisinya sangat terpaksa (mudhtarr).
Perkara seperti ini sangat
penting untuk diketahui kerana ramai yang menuduh ulama-ulama sebagai bidaah
apabila berhadapan dengan kes kes tertentu. Sedangkan apa yang mereka fatwakan
adalah berdasarkan Al-Quran dan sunah.
Dalam jawapan-jawapan yang kami
paparkan di dalam kitab ini, kami berusaha membuatnya di dalam bentuk bahasa
yang luas dan jelas, agar pembaca dapat memahaminya dengan baik. Kami berdoa semoga
Allah s.w.t menerima amal perbuatan kami ini di sisiNya dan bermanfaat bagi seluruh
manusia. Hanya kepada Allah s.w.t kita berserah dan Dialah sebaik-baiknya.