NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | FATWA-FATWA KONTEMPORARI - JILID 1 |
PENULIS | SYEIKH ALI JUM'AH |
NO ISBN | 9789675047127 |
HARGA | RM35.00 (S'JUNG) / RM38.50 (SS) |
MUKASURAT | 579 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 649 g |
SINOPSIS
Kita harus pandai membezakan pertanyaan yang berhubung dengan perbuatan mukallaf dan yang lainnya. Pertanyaan tentang tafsir, hadis, akhlak, atau akidah, maka itu adalah permasalahan syarak, tidak ada hubungannya dengan fikih.
Suatu perkara yang perlu diketahui, kita semua tidak mungkin menjadi ahli feqah. Sebab untuk menguasai feqah seseorang harus juga menguasai disiplin-disiplin ilmu yang lain. Ini akan membantu seorang ahli feqah untuk memahami permasalahan yang sedang bergembang di dalam masyarakat, sehingga dia dapat memberikan jawapan yang memuaskan bagi persoalan yang dihadapkan kepadanya.
Sesungguhnya feqah itu berbeza dengan fatwa. Feqah adalah mengetahui hukum-hukum syarak, sedangkan fatwa memerlukan pengetahuan tentang perkembangan dalam masyarakat, sesuai dengan perubahan masa, tempat, keadaan masyarakat dan situasi yang dihadapi. Ini semua akan mempengaruhi fatwa yang akan dikeluarkan oleh seorang ahli fatwa (mufti). Contohnya satu keadaan yang dinyatakan haram menurut hukum syarak, namun boleh dilakukan oleh seseorang dalam keadaan terdesak. Sebab orang yang berada di hadapannya misalnya kebetulan kondisinya sangat terpaksa (mudhtarr).
Perkara seperti ini sangat penting untuk diketahui kerana ramai yang menuduh ulama-ulama sebagai bidaah apabila berhadapan dengan kes kes tertentu. Sedangkan apa yang mereka fatwakan adalah berdasarkan Al-Quran dan sunah.
Dalam jawapan-jawapan yang kami paparkan di dalam kitab ini, kami berusaha membuatnya di dalam bentuk bahasa yang luas dan jelas, agar pembaca dapat memahaminya dengan baik. Kami berdoa semoga Allah s.w.t menerima amal perbuatan kami ini di sisiNya dan bermanfaat bagi seluruh manusia. Hanya kepada Allah s.w.t kita berserah dan Dialah sebaik-baiknya.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.