FIQHUD DALIL (BESAR) - KULIT TEBAL
- Brand: Jasmin Publications
- Product Code: 9789833791194
- Availability: 100
- RM35.00
Available Options
TAJUK BUKU | FIQHUD DALIL (BESAR) - KULIT TEBAL |
PENULIS | DR 'AIDH ABDULLAH AL-QARNI |
HARGA | RM35.00 (S'JUNG) / RM38.50 (SS) |
NO ISBN | 9789833791194 |
MUKASURAT | 417 (KULIT TEBAL) |
SAIZ | 7 X 10 |
BERAT | 844 g |
SINOPSIS
Tujuan
saya menulis buku ini adalah untuk menghidangkan fiqah dengan dalil yang
tersusun dan penyampaian yang ringkas serta mudah. Justeru, saya mengambil pendekatan
dalam penulisan buku ini berdasarkan beberapa perkara:
Pertama,
saya menyebut syahid atau landasan sesuatu hukum berdasarkan ayat al-quran atau
hadis
dengan
ringkas.
Kedua,
saya tidak menyebut rawi hadis dan pentakhrijnya di kalangan ulama hadis,
bertujuan untuk
meringkaskan
dan memudahkan.
Ketiga,
jika sesuatu hadis itu sahih maka saya tidak memberi sebarang komen; dan jika
ia dha’if maka
saya
menyebut kelemahannya, maka saya menyebutnya dengan ungkapan “diriwayatkan.”
Keempat,
saya tidak menyebut tentang masalah khilaf yang berlaku dalam satu-satu
masalah, dan
saya
tidak memasukkan pendapat--pendapat ulama ke dalamnya. Tetapi saya hanya
mengambil pendapat yang kuat berdasarkan ijtihad.
Kelima,
saya tidak mengemukakan masalah-masalah cabang yang tidak mempunyai dalil
kecuali
jarang
sekali, itu pun jika sangat diperlukan, kerana tujuan saya hanya mengemukakan
masalah-masalah yang mempunyai dalil dari al-Kitab dan as-Sunnah.
Keenam,
saya berusaha keras untuk menghimpun kebanyakan ayat-ayat dan hadis-hadis hukum
hingga tidak ada yang luput daripadanya kecuali sedikit.
Ketujuh,
buku ini sesuai untuk orang awam, penuntut ilmu, dan orang alim kerana ia
adalah ringkasan dalam satu-satu bab (fiqah). Sesiapa yang merenungkannya maka
ia beroleh pengetahuan yang benar dan menghargainya sebagaimana mestinya.
Kelapan,
kandungan buku ini mudah dihafal kerana penyampaiannya ringkas, dalil-dalilnya
banyak,
dan
tarjihnya amat teliti.
Kesembilan,
saya telah mengkaji banyak kitab dan menghalusinya antara lain ialah kitab al-Mughni,
al-Muhalla, at-Tamhid, Fatawa lbnu
Taimiyah, Nail al-Autar, Subulus Salam, Manar as-Sabil, as-Salsabil, Fiqhus
Sunnah, Bidayah al-Mujtahid, Raudhah an-Nadiyaih dan
lain-lain.
Manfaatkanlah
buku yang amat mengkagumkan ini, buku yang mencurahkan ilmu sebagaimana air hujan.
Lebih-lebih lagi buku ini sesuai dengan setiap keadaan, sama ada sebagai bacaan
ketika duduk di rumah begitu juga dalam perjalanan. Lebih dari itu, ia sesuai
untuk dibaca orang-orang yang telah berilmu, para wali, sasterawan dan doktor
perubatan yang berhasrat untuk mampu mengambil hukum dari sumber asalnya.