JANGAN LALAI (KULIT TEBAL)
- Brand: Jasmin Publications
- Product Code: 9789833423699
- Availability: Out Of Stock
- RM40.00
Available Options
TAJUK BUKU | JANGAN LALAI (KULIT TEBAL) |
PENULIS | KHALID ABDUL MU'TI KHALIF |
NO ISBN | 9789833423699 |
HARGA | RM40.00 (S'JUNG) / RM44.00 (SS) |
MUKASURAT | 522 (KULIT TEBAL) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 703 g |
SINOPSIS
Dalam buku ini penulis ingin membalas kata “Ghaflah”
(lalai) ini dengan penjelasan yang umum dan luas. Penulis menekankan bahawa
penyakit ini telah menimpa sebahagian besar kaum Muslimin; baik perseorangan
ataupun kelompok sekaligus memberi sanggahan terhadap mereka yang sempit
pandangan dan mereka yang menyangka bahawa tanpa menegakkan solat dan zikir kepada
Tuhannya, mereka telah berjaya merealisasikan apa yang diinginkan, sekalipun
negaranya dikuasai musuh dan harga dirinya dicabik-cabik oleh mereka (musuh).
Faktor ketiga ialah buku-buku klasik sarat dengan substansi
dan berbicara tentang tazkiyah (penyucian jiwa), namun lebih cenderung membalas
cabang-cabang masalah dan tambahan-tambahan yang kurang begitu penting. Hal ini
disertakan dengan athar (riwayat-riwayat) yang dhaif (lemah) dan tidak sedikit yang
bersumber daripada riwayat-riwayat Israiliyyat. Ianya juga menghidupkan
semangat uzlah (menjauhkan diri daripada kehidupan dnnia).
Tingginya posisi Islam terkadang membolehkan hal tersebut
diberikan kepada mereka pada zamannya. Glamour (hidup mubazir) dan gemerlapnya
dunia dianugerahkan pada masa mereka, namun kerana mereka takut terkena fitnah,
maka mereka memfokuskan diri untuk memperbaiki jiwa dan membersihkannya.
Tersebarnya penyakit “Ghaflah” (lalai) merupakan faktor
pendorong utama yang sangat kuat bagi pena untuk menulis, lidah untuk bicara,
bendera untuk berkibar, tenaga untuk mencurahkan segala daya dan bagi semua
kekuatan untuk berkumpul dalam satu barisan bagi mengembalikan kejayaan umat
ini serta membangunkannya dari tidur yang nyenyak. Allah SWT telah memberi
petunjuk kepada penulis untuk menggoreskan rangkaian kalimat dalam buku ini
sebagai peringatan untuk diri sendiri, untuk para teman dan saudara serta untuk
memenuhi seruan Allah SWT.