NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | PENGURUSAN JENAZAH MENURUT EMPAT MAZHAB & DOA-DOA MENGHADAPI MATI |
PENULIS | ABU MUHAMMAD |
NO ISBN | 9789832087168 |
HARGA | RM14.00 (S'JUNG) / RM15.50 (SS) |
MUKASURAT | 255 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 312 g |
SINOPSIS
Buku Pengurusan Jenazah
Menurut Empat Mazhab dan Doa-Doa Menghadapi Mati ini
bolehlah digolongkan sebagai buku panduan atau rujukan bagi mereka yang ingin
mengetahui selok-belok pengurusan jenazah mengikut pendapat empat mazhab. Bagaimanapun
buku ini berbeza dari buku-buku yang membincangkan tentang pengurusan jenazah
yang banyak ditemui di kedai-kedai buku.
Perbezaan-perbezaan
tersebut sepatutnya kita anggap sebagai ‘rahmat‘ yang membolehkan kita membuat
pilihan sesuai dengan kesesuaian dan tuntutan keadaan. Di samping itu,
kepelbagaian pendapat di kalangan ulama-ulama mujtahid itu merupakan sumber
ilmu yang luas dan berguna untuk menyelesaikan sesuatu masalah berkaitan dengan
pengurusan
jenazah, sekiranya timbul masalah.
Secara
garis besarnya, buku ini terbahagi kepada tiga bahagian utama. Pertama, menyajikan
beberapa nasihat dan persediaan yang sepatutnya diketahui oleh setiap muslim apabila
menghadapi penyakit dan kematian. Kedua, cara-cara pengurusan jenazah menurut pendapat
ulama-ulama keempat-empat mazhab: Malikiyah, Hanafiyah, Syafi‘iyah, sertaa Hanabilah.
Ketiga, zikir-zikir dan doa-doa bagi mereka yang sedang sakitpenat, termasuklah
zikir dan doa untuk memberi ketenangan ketika menghadapi suatu musibah dan
penyakit itu sendiri. Juga bacaan-bacaan dan doa-doa yang berhubungan dengan
jenazah, sama ada ketika pengebumian atau selepas dikebumikan.
Tags: PENGURUSAN JENAZAH MENURUT EMPAT MAZHAB & DOA-DOA MENGHADAPI MATI
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.