SEJARAH DAJJAL
- Brand: Pustaka Ibnu Katsir Sdn Bhd
- Product Code: 9789670398341
- Availability: 100
- RM35.00
Available Options
TAJUK | SEJARAH DAJJAL |
PENULIS | IBRAHIM RABI' AL-ASKANDI ALI AL-HADDADI |
NO ISBN | 9789670398341 |
HARGA | RM35.00 (S'JUNG) / RM38.00 (SS) |
MUKASURAT | 394 |
SAIZ | 5 3/4 X 8 3/4 |
BERAT | 478 g |
SINOPSIS
Kata
Dajjal berasal dari kata dajala, ertinya, menutup (sesuatu). ‘Kamus Lisanul
Arab’ mengemukakan beberapa pendapat mengapa disebut Dajjal:
1. Ia disebut
Dajjal kerana ia adalah pembohong yang menutup kebenaran dengan kepalsuan.
2. Ia menutup
bumi dengan bilangannya yang besar.
3. Ia menutup
manusia dengan kekafiran
4. Ia tersebar
dan menutup seluruh muka bumi.
Kata
Dajjal tidak tertera dalam Al-Quran, tetapi dalam hadis sahih diterangkan
bahawa sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi
melindungi orang dari fitnah Dajjal. Mengenai hal ini diterangkan dalam kitab
hadis yang amat sahih seperti berikut:
“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat
pertama surah Al-Kahfi, dia akan selamat dari (fitnahnya) Dajjal”
(Ash-Sahihain)
“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat
terakhir dari surah Al-Kahfi, dia akan selamat dari (fitnahnya) Dajjal”
(Ash-Sahihain)
Kebanyakan
hadis menggambarkan seakan-akan Dajjal itu orang yang bermata satu, yang di dahinya
terdapat tulisan Arab yang terdiri dari huruf Kaf, Fa dan Ra (atau kafara,
ertinya kafir) dan yang membawa keldai, sungai dan api.
Dalam
Sahih Muslim disebutkan sepotong hadis: “Sejak terciptanya manusia sehingga
datangnya hari kiamat, tidak ada fitnah lebih besar dari fitnah dajjal.”
(Misykat,
ms. 472)
Di
antara fitnah Dajjal ialah bahawa ia akan membawa syurga dan neraka; adapun
neraka Dajjal ialah syurga dan syurga Dajjal ialah neraka. Maka barangsiapa
yang diuji dengan neraka Dajjal, dia hendaklah memohon pertolongan Allah SWT
sambil membaca ayat permulaan surah Al-Kahfi, maka neraka akan menjadi sejuk
dan damai.
(Kanzul
Ummal, jilid VII, ms. 2028)
Tags: SEJARAH DAJJAL