NABIKU DOKTORKU
- Brand: Pustaka Ibnu Katsir Sdn Bhd
- Product Code: 9789670398709
- Availability: 100
- RM22.00
Available Options
TAJUK BUKU | NABIKU DOKTORKU |
PENULIS | ABU UMAR BASYIR |
NO ISBN | 9789670398709 |
HARGA | RM 22.00 (S’JUNG) / RM 25.00 (SS) |
MUKASURAT | 312 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 ¾ X 8 ¾ |
BERAT | 395g |
SINOPSIS
Perhatian terhadap ilmu kedoktoran di
dalam Islam sangatlah besar diberikan oleh para ulama dan kaum cerdik
cendikiawan kaum muslimin di berbagai zaman. Terbukti dengan dimasukkannya bab
pembahasan tentang Ath-Thibb (kedoktoran), dalam buku-buku Hadis terkenal,
seperti Sahih Al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Dawud, Sunan An-Nasaa’i dan
yang lainnya.
Tidak sedikit juga para ulama yang
tergugah untuk menelaah secara lebih luas berbagai petunjuk dan bimbingan Nabi
SAW secara langsung mahupun tidak langsung, di dalam bidang perubatan, dalam
buku-buku mereka. Sebut sahaja Ibnu Ar-Rumman dalam Al-Kayy, Ibnu Taimiyyah,
Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah dan para ulama berkaliber antarabangsa lainnya, di
sepanjang zaman. Mungkin di antara para ulama tersebut, yang melahirkan karya
paling monumental dan sangat menakjubkan terutama pada masanya adalah Ibnu
Qayyim. Buah karya beliau, Ath-Thibbun Nabawi yang juga tersimpan dalam karya
besar beliau Zaadul Ma’aad Fi hadyi Khairil ‘ibaad, adalah bukti nyata dari
kompetensi beliau dalam bidang ilmu perubatan secara umum, serta dalam bidang
ilmu Hadis dan kedoktoran Islam secara khusus.
Menelaah dan membaca karya beliau yang
satu ini, seolah-olah kita sedang membaca sebuah ensiklopedia ilmu pengubatan
Islam sepanjang masa, sebuah karya ulama yang betul-betul ampuh dalam ilmu
kedoktoran.
Kedahsyatan substansi pembahasan buku
itu dan kedalaman kualiti ilmiahnya boleh dirasakan, ketika buku itu masih
terlihat cukup lengkap dikemas kini, cukup layak untuk dinikmati hingga saat
ini, mesti sudah menembus usia lebih dari tujuh abad atau tujuh ratus tahun.
Tags: NABIKU DOKTORKU