ADAB TERPUJI & TANGGUNGJAWAB WANITA SOLEHAH
- Brand: Jasmin Publications
- Product Code: 9789832565444
- Availability: 100
- RM14.00
Available Options
TAJUK BUKU | ADAB TERPUJI & TANGGUNGJAWAB WANITA SOLEHAH |
PENULIS | ABDUL HARITH ZAIDAN |
NO ISBN | 9789832565444 |
HARGA | RM 14.00 (S’JUNG), RM 15.50 (S/S) |
MUKA SURAT | 250 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 ½ X 8 ½ |
BERAT | 283g |
SINOPSIS:
Umar bin Khattab berkata: “Wahai kaum wanita, apabila kamu mengenakan inai, maka hindarilah bertatu. Apabila kamu memakai inai pakailah setakat di jari sahaja.” Tetapi harus diingat bahawa celak atau inai yang digunakan itu hendaklah tidak mengandungi bahan kimia. Kerana jenis inai dan celak yang diperbuat dan bahan kimia, sukar dihilangkan dengan air. Maka, ketika hendak berwuduk, bahagian-bahagian yang terkena inai dan celak tidak meresap air. Padahal salah satu syarat berwuduk adalah menyampaikan air ke kulit.
Tidak ada larangan bagi wanita mengenakan perhiasan yang diperbuat dari emas atau perak. Wanita yang enggan memakai perhiasan, malah dihukumkan makruh.
Melubangi telinga untuk tempat mengenakan anting-anting tidak dilarang. Hal itu tidak boleh dijadikan alasan sebagai tindakan mengubah ciptaan Allah.
Imam Malik pernah ditanya mengenai wanita yang mengenakan perhiasan di kakinya. Dia menjawab: “Meninggalkan cara berhias seperti itu lebih aku sukai. Kerana jika dipakai ketika berjalan menimbulkan suara gemerincing."
Tetapi lmam Malik tidak sampai menghukumkan perbuatan itu haram. Berlainan halnya jika ia dilakukan kerana didorong oleh keinginan agar suaranya didengar orang lain. Kalau niatnya begitu maka hukumnya haram.
Merawat tubuh badan sehingga nampak padat dan berisi termasuk dalam kategori berhias. Ibnu Sirin berkata: “Belum pernah aku melihat perhiasan yang lebih sesuai bagi seorang lelaki selain kepintaran dalam bercakap. Aku tidak memperhitung pakaian yang sesuai bagi wanita selain kesihatan tubuh badan.”