NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | PANDUAN PERSOLEKAN & AURAT UNTUK MUSLIMAH |
PENULIS | SYAIKH ABDUL WAHHAB ABDUS SALAM THAWILAH |
NO ISBN | 9789670398495 |
HARGA | RM 30.00 (S’JUNG) / 33.00 (SS) |
MUKASURAT | 478 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 ¾ X 8 ¾ |
BERAT | 578g |
SINOPSIS
Bagi manusia, pakaian dapat
memberi tiga manfaat sekaligus. Selain berfungsi menutup tubuhnya kerana
fitrah, pakaian juga melindungi dari pelbagai gangguan dan perubahan cuaca. Pakaian
juga boleh menjadi sarana yang dapat memperindah penampilan.
Dalam firman-Nya, Allah SWT
menjelaskan kepada seluruh anak Adam bahawa Dia mengurniakan pelbagai
kenikmatan. Di antaranya ialah pakaian sesuai dengan perbezaan tingkat dan
jenis. Allah SWT telah menciptakan dua jenis pakaian untuk manusia. Pertama,
pakaian yang dapat menutup aurat, iaitu pakaian darurat seperti pakaian dalam
dan hijab bagi wanita. Kedua, pakaian yang boleh memperindah penampilan diri,
iaitu pakaian luar yang dapat menciptakan kesempurnaan dan kesenangan.
Lain halnya dengan pakaian
ketakwaan, iaitu sesuatu yang mantap di hati berupa keimanan dan kesolehan. Ia ialah
perhiasan paling baik yang dipakai seseorang. Sebab, produk yang dihasilkannya
berupa kesucian diri, rasa malu dan amalan soleh. Kesucian batin itu lebih penting
daripada indahnya penampilan zahir. Telanjangnya jiwa dari agama dan akhlak,
jauh lebih buruk daripada telanjangnya tubuh. Jadi, maksudnya ialah jiwa lebih
berhak untuk mendapat kenyamanan.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.