NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | WAHAI WANITA BERHIASLAH! |
PENULIS | DR.ABU SYARI MUHAMMAD / ABDUL HADI |
NO ISBN | 9789675420634 |
HARGA | RM 10.00 (S’JUNG), RM 11.00 (S/S) |
MUKA SURAT | 152 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 ½ X 8 ½ |
BERAT | 179G |
SINOPSIS
Sesungguhnya tajuk masalah pakaian dan perhiasan wanita merupakan tajuk yang penting dan menjadi pusat perhatian orang ramai khususnya masa kini. Kepada mereka yang mengerti tentang agama Islam, anda perlu selalu memperhatikan perkembangan yang berlaku supaya mengawal kemurnian dan kebenaran agama Allah ini.
Perhatian yang begitu besar terhadap pakaian dan perhiasan wanita, disebabkan oleh munculnya isu-isu emansipasi (kebebasan) Wanita. Para wanita meminta supuya kedudukan mereka sama seperti kedudukan lelaki. Akhirnya konsep kebebasan wanita ini memasuki jauh ke sela-sela budaya wanita muslimah. Oleh itu, bagi mencegah dan menghalangi kemasukan budaya yang merosak terhadap wanita muslimah, maka perlu diwujudkan suatu antisipasi (cegahan) yang benar-benar dapat memagari (membatasi) wanita muslimah itu.
Antara cara-cara tersebut ialah memberikan nasihat agama kepada mereka yang mana cara ini dapat memberi manfaat bagi mereka sama ada di dunia ini mahupun di akhirat kelak. Saya juga sedar sebagai umat Islam, berasa terpanggil untuk mengetuk hati para wanita muslimah supaya tidak masuk ke dalam jurang kesesatan. Hanya kepada Allah saya memohon semoga buku ini menjadi panduan bagi pembaca sehingga memberi manfaat bagi mereka khususnya lelaki muslim dan wanita muslimah.
Tags: WAHAI WANITA! BERHIASLAH
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.