Register or Login
  • Wish List (0)
  • My Account
  • Shopping Cart
  • Checkout
RM $
Shopping Cart
  • Register
  • Login
  • Wish List (0)
  • My Account
  • Checkout
RM $
BERLIAN PUBLICATIONS SDN. BHD.

Shopping Cart

0 item(s) - RM0.00
  • Your shopping cart is empty!

  • Inspirasi Mukmin
  • Rawatan Islam
  • Alam Ghaib
  • Amalan & Ibadah
  • Rumah Ku Syurga Ku
  • Cinta Rasul
  • Sirah & Kisah
  • Bimbingan Muslimah
WASIAT-WASIAT RASULULLAH SAW JILID 1

WASIAT-WASIAT RASULULLAH SAW JILID 1

0 reviews / Write a review


  • Brand: Jasmin Publications
  • Product Code: 978-967-5047-31-2
  • Availability: Out Of Stock
  • RM38.00

Available Options

Qty
Add to Wish List
Add to Compare
  • Description
  • Reviews (0)
TAJUK BUKUWASIAT-WASIAT RASULULLAH SAW JILID 1
PENULISDR. MUHAMMAD BAKAR ISMAIL
NO ISBN978-967-5047-31-2
HARGARM 38.00 (S’JUNG), RM 42.00 (S/S)
MUKA SURAT568 (KULIT NIPIS)
SAIZ5 ¾ X 8 ¾
BERAT675g

SINOPSIS


  Hikmah adalah kecerdasan, mendapatkan petunjuk kebenaran, perkataan dan perbuatan yang benar dan tidak ada unsur lain di sebaliknya, maka inilah iman yang sebaik-baik bentuknya, keredaan pada setiap makna-makna yang tersirat di dalamnya.


  Hikmah juga adalah ketakwaan yang tidak dibiarkan bagi orang yang “panas”, ia juga adalah suatu maksud pada tahap yang tertinggi, keteguhan pada tahap yang terbaik dan juga ia adalah kemuliaan yang terpancar pada diri seorang mukmin, baik ketika dirinya berbicara mahupun ketika diamnya. Ia juga adalah kemuliaan pada semua tempat kebanggaan, yang tidak dapat diketahui kecuali oleh orang yang mendapatkannya, iaitu orang yang pembicaraannya adalah zikir, diamnya adalah pemikiran dan pandangannya adalah ibrah atau pelajaran. Sebaik-baik hukama’ yang pandai dan tetap dikenang selamanya adalah Rasulullah s.a.w., yang mana hikmah yang baginda dapatkan adalah sumber pangkal yang jelas, baja yang kuat dan alirannya deras.


  Hal ini dapat dibuktikan pada setiap langkah, ucapan dan perbuatannya, yang terpancar hikmah Qurani di dalamnya. Orang-orang pun dapat menyaksikan akhlaknya yang mulia, perbuatannya yang bijak, disebabkan adanya makna-makna daripada wahyu Allah s.w.t. yang diturunkan kepadanya dan disaksikan oleh ramai manusia, yang akhirnya juga mengikut ajaran risalah yang dibawanya.


  Allah s.w.t. telah banyak menjelaskan sifat dan bentuknya yang baik, kedudukannya yang tinggi dan tugasnya pada Al-Quran yang sangat besar, sehingga jika kesemuanya ini dikumpulkan, dapat dibuat kesimpulan bahawa baginda adalah sebaik-baik ciptaan Allah s.w.t. dan semulia-mulia utusan Allah s.w.t. di muka bumi.


  Buku saya yang kini ada di tangan para pembaca ini adalah kumpulan daripada sinar hikmah Rasulullah s.a.w. yang dapat menyinari para pencari hikmah daripada golongan kaum muslimin, serta yang lain jika mereka berkehendak untuk mencarinya. Dalam buku yang sederhana ini, saya hanya membatasi pada hal-hal yang berbentuk perintah dan larangan yang dapat bermanfaat bagi orang ramai.


  Saya memohon taufik Allah s.w.t. agar buku ini merupakan suatu karya yang bermanfaat dan mendapat keredaannya, sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Dekat dan juga Maha Mengabulkan permintaan hamba-hamba-Nya.

Write a review

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Tags: WASIAT-WASIAT RASULLULLAH SAW JILID 1